Snow Kitchen: Japanese Soft Cheese kek

Saturday 6 April 2013

Japanese Soft Cheese kek


image
Seindah nama , sesedap rasa, kek nie saya daapt resepinya dari majalah RASA, memang resepi dari negara matahari terbit , dan perniaganya telah lama berada di negara kita, mula2 buat dulu tak menjadi sebab tak tengok resepi betul , sekarang In Sya Allah cukup je bahan pasti jadi. so nie le dia resepinya.
Bahan A :
1. 250g cream cheese ( biasa guna tatura atau beqa) , dipotong dadu atau kecil2
2. 50 g butter
3. 150 – 200 ml susu cair
Bahan B :
1. 80g tpung kek ( kmk makey superfine)
2. 20g tpung jagung
3. 1 sudu teh perahan lemon
4. 5 biji kuning telur ( gred B) 4 biji mun gred A
Bahan C :
1. 5 biji putih telur ( gred B), 4 biji mun gred A
2. 100 g Gula kastor
3. 1 sudu teh lemon, lebih pun boleh mun mok rasa masam sikit.
Putih telur digaul dgn mixer sekejap ( hingga ada buih sikit) , masukkan lemon dgn gula kastor dan kaco lagik dgn mixer hingga nya pekat dan soft peak ( retinya mun bekas ya ditebalit putih telur dalam ya sik tumpah atau mengalir )
Hiasan :
20g cream cheese
5-10ml susu cair
10g gula ising (kalau mahu)
Cheedar cheese
Gaulkan cream cheese dgn susu cair dan gula ising hingga sebati)


Cara membuat;
Bahan A :
Butter dicairkan secara double boilder , setelah semua butter cair, masuk cream cheese yang dadu tadik sikit –sikit sambil ditambah dengan susu cair secara selang seli, sambil dikacau dengan whisk sampai cair dan tak berketul. kemudian biarkan sejuk kejap .
Bahan B,
1 sud teh Lemon dituang kedalam bahan A dan di kacau sampai bahan A kurang atau hilang panas, kemudian tepung superfine dan tepung jagung diayak bersama ke dalam bahan A dan digaul perlahan dgn spatula je dan diselang seli dengan kuning telur. Bila dah sebati masukkan bahan C yang dah siap tadi kacau lagi dengan spatula hingga benar2 sebati. Dah sebati tuang adunan tu ke dalam luyang 8X8 yang dah disapu dgn butter dan dibalut kertas dalamnya. Kemudian di bakar dalam oven dengan suhu 175 calcius secara bain-marie (waterbath) selama 50 ke 60 minit , bergantung dgn jenis oven. Bila oven dah berbunyi   , ambil kayu satay atau pencungkil gigi cucuk kan kuih tadi,  kalau masih  ada melekit bakar lagi untuk 10 ke 20 minit. Jika dah masak keluarkan kek dari luyang dan sejukkan dahulu
Last bahan hiasan yang dah digaul tadi di sapu pada seluruh kek, atau atas je, kemudian parut kan cheedar dan tabur pada bahagian yang dah disapu tadi, simpan jap dlm peti ais kalau mahu, makan terus pun boleh ,
Selamat mencuba

























No comments:

Post a Comment