Snow Kitchen: Jeruk Tuhau (disarawak dikenali sebagai tepus )

Thursday, 13 June 2013

Jeruk Tuhau (disarawak dikenali sebagai tepus )

tuhau
Jeruk tepus yang dah siap
http://3.bp.blogspot.com/-NXBfKSYbsNQ/Tzy5ZonpjcI/AAAAAAAAGYg/U7W7bu5gd2E/s1600/tepu.jpg
tepus yang belum diproses

tadi petang pg jalan2 kat pasar ..ternampak lah tepus nie..masa kat sabah dulu biasa juga makan ni, tapi kat Sabah tepus ni dipanggil Tuhau… dalam bahasa Malaysia ..tak tau le pulak apa nama dia..sebab tu saya postkan seklai gambar tepus yang belum proses nie.. bila ternampak je tepus nie terfikir pulak nak buat sendiri so saya contact kawan2 kat sabah mintak resepi so diorang bagilah resepi ..ni le resepinya selamat mencuba sedap tau…kalau ko cuba pasti ko ndak lupak sama Sabah..hehehe

BAHAN-BAHAN:

  • tuhau (ikut sukatan/bilangan/kuantiti yang disukai)

  • udang kering(satu bungkus yg harga rm1)- actualy optional, kalau tidak ada udang kering pun boleh

  • limau kapas secukupnya (limau nipis)

  • garam dan ajino moto secukup rasa

  • cili api (mengikut selera anda, jika suka pedas, banyakkan cili padi)

  • bunga kantan yang segar (sebagai hiasan)- Optional..kalau tidak ada pun tidak apa

  •  

Caranya:

  • Tuhau di hiris halus atau ditumbuk (boleh blender)
  • Udang kering d tumbuk bersama dgn tuhau

  • masukkan garam, aji no moto(MSG) dan cili api.

  • Gaul sebati, letak dalam mangkuk besar

  • perahkan air limau (boleh juga diganti dengan cuka makan)

  • hirislah bunga kantan halus2 dan gaulkan sekali dlm mangkuk tu.

  • Peramkan sampai 20 minit sebelum d hidangkan.

P/s: Hidang bersama ikan bakar/ikan masin/ikan goreng...huhu

No comments:

Post a Comment