Snow Kitchen: Nasi samin @ nasi minyak

Tuesday, 11 June 2013

Nasi samin @ nasi minyak

Maaf le lama tak update banyak sangat tugas ..baru baru mie saya cuba resepi nasi minyak ..kat sarawak orang panggil nasi samin.. saya cuba bukan nya untuk apa , saje je teringat  dan teringin .. lagi pun ada sedikit kari kambing yang orang bagi semalam..so boleh le makan dgn nasi nie
selamat mencuba

Bahan kisar( di kisar satu – satu , jgn campur)
1 biji bawang besar (bakung)—potong bulat je
4 – 5 biji bawang merah (kisar)
½ tampok bawang putih (kisar)
1-2 inci halia  (kisar)
1cawan minyak masak
garam secukup rasa (garam kasar jika ada)
1kg beras yg dah dicuci ( ditoskan)
air ikut sukatan beras.. (kalau beras 2 tin susu, air 21/2 tin)
½ tin susu cair (bagus jenama ideal milk..yg tinggi ya)
1 tin kecik minyak sapi (ghee yang halal ada dipasaran)
Kayu manis lebih kurang 3 cm
Buah pelage dalam 4 biji
5 biji @ kuntum bunga cengkih
1 batang serai d tutuk(titik) jak
2 helai daun pandan
sedikit pewarna kuning
http://2.bp.blogspot.com/-FrlWWnGalVg/TlYTXo_rUPI/AAAAAAAAAnQ/taV88HdqjzY/s1600/IMG_0191.JPG
Cara masak (Guna Periuk tekanan tinggi Noxxa) :

1.Panaskan minyak masak  guna fungsi "STIR FRY" , dan tumis bahan kisar, bila dah wangi masuk minyak sapi.

2. Masuk segala rempah cengkih, buah pelaga, serai, kayu manis dan daun padan, gaul sampai angkat bau.
3. tuang air, susu cair dan garam, biarkan sampai mendidih  barulah masukkan beras yang dah dicuci dan ditos tadi,
4.  gaul rata beras tadi dan tutup fungsi STIR FRY, dan pusingkan tombol ke arah "PRESSURE" dan setkan fungsi high pressure kepada 10 minit.

5. bila bunyi dah bunyi beep , putar tombol ke steam , tunggu sehingga habis semua wap keluar baru lah membuka penutup periuk.

selamat mencuba

p/s : guna periuk nasi elektrik dan periuk biasa pun boleh.




















No comments:

Post a Comment