Snow Kitchen: Kuih campiang

Saturday, 27 April 2013

Kuih campiang

 

hari tu kawan tanya pernah tak makan kuih campiang , so dgn selamba je saya kata pernah sebab saya kan orang Sabah, suami orang Sarawak, kawan yang bertanya tu terus cakap “sedap le kuih tu, firstime makan masa pg makan angin kat Sabah, awak tau masak ke kuih tu”, saya pun cakap “In Shaa Allah lah cuma kena call dulu mama kat sabah tanya resepi, kalau menjadi nanti le bawa pg opis “.

Balik je kerja , rehat jap call mak, tanya cara buat campiang, hehehe rupa2 nya sama mcm donat juga, beza nya cuma mcm nie ha ..tengok le gambar dia ye, doh nya sama dgn donut, inti (isinya ) beli je kat kedai kek atau supermarket. kita teruskan le dgn resepinya yee ..celoteh banyak org kutuk pula nanti

Bahan Doh ;

Setengah kg tepung gandum
1 sudu gula
Secubit garam
2 sudu marjerin
1 peket kecik yeast.
Air


Cara:
*Ayak tepung
*Kemudian campurkan semua bahan,yeast,gula,garam,marjerin dan tepung yg tlh di ayak. Uli rata.
*Buat bntuk bulat dan tunggu hingga kembang ( biarkan selama 20 minit )

IMG_20130424_184903 IMG_20130424_190718 IMG_20130424_191733

proses membuat cempiang

*doh yang sudah kembang diambil sedikit dan dibulat serta dileper dan masuk inti seperti dalam gmbr diatas, kemudian bulatkan balik dan leperkan semula seperti dalam gambar di atas.

*doh yang sudah siap di isi tadi dibiarkan lagi sekejap ( 5 minit), sambil kita memanaskan minyak dalam kuali untuk menggoreng cempiang.

* bila minyak dah panas , bolehlah kita mula menggoreng, bila kita mula dah menggoreng cempiang tersebut mesti cepat membalikkannya bagi mengelak cempiang terlampau mengelembung dan akhirnya bocor … angkat cempiang bila sudah keperangan seperti dalam gambar di atas.

selamat mencuba , dan moga anda pun berjaya juga membuat cempiang ini.

No comments:

Post a comment