Snow Kitchen: Nasi Goreng Hailam

Thursday 18 April 2013

Nasi Goreng Hailam

 

 

IMG_20130418_171902
Nasi Goreng Hailam ikan masin + ayam masak merah.

Tadi pukul 12 tnghari belek belek buku resepi , nampak lah pulak nasi goreng hailam sebijik mcm yang saya pernah makan kat Benteng Satok yang lama, so balik dari ambil anak kat taska singgah jap beli nasi kosong je , kan perlu nasi untuk digoreng ..heheh sampai je kat rumah  bagi mandi anak dan terus sediakan bahan bahan untuk memasak nasi hailam nie, first time try masak suami kata sedap , syukurlah resepi tu ngam dengan selera , tapi saya improve sikit dari segi lauk nya…cuma tambah ayam

masak merah je,  , ayam masak merah kalau ada kesempatan lain nanti saya share ye, so kali nie saya kongsikan resepi nasi goreng nie jelah dulu ya…ayam masak lain pun boleh ..sebab itu cuma extra je (penyedap je…) so nie lah resepinya untuk nasi goreng hailam kita:

Bahan – Bahan :

Nasi 250 g ke 400 g ( cukup  - cukup jumlah yang makan le , )

2- 4 sudu makan minyak sawit/ minyak zaitun (nak lebih berminyak  tambah le lagi)

100 – 200 g  udang ( beli je yang frozen dah tak berkulit, kat supermarket mcm giant dan H& L ada jual tu biasanya)

2 –3 biji telur ayam digaul dgn sayur – sayuran ( sayur ikut citarasa anda , saya biasa guna ready mix vegi atau kacang panjang je)

2 ulas bawang putih

1 biji bawang merah ( jenis yang kecil ye)

1 sudu teh cukup rasa maggie ( guna yang knor punya pun boleh )

secubit garam

3 sudu makan sos tiram maggie ( guna nie sebab dia pekat sikit ), jenama lain saya tak cuba lagi ..hehehe

Kita teruskanlah kepada cara – cara memasak ye :

1. panaskan minyak dalam kuali dengan api perlahan

2. tumbuk bawang putih dan merah hingga lumat dan masukkan ke dalam kuali yang telah panas tadi hingga berbau harum

3. seterusnya masukkan udang dan gaul hingga warnanya menjadi kemerahan.

4. masukkan sos tiram , garam dan kacau hingga sebati, kemudian masukkan nasi dan gaul hingga sebati

5. taburkan pula cukup rasa maggie dan gaul sebati dengan api perlahan

6, buat lubang di tengah – tengah nasi goreng tadi dan tuang telur yang bercampur dgn sayuran tadi dan gaul hingga rata.

Hidangkan lah nasi goreng tadi dengan lauk yang anda mahu, dalam gambar kat atas tu saya bubuh ikan masin dan ayam masak merah , ada juga nasi hailam yang saya baca berkuah, tapi kawan2 office kata tu nasi goreng ladna , takpelah janji sedang nanti nak le try yang berkuah… so takpayah le nak lauk lain lagi kalau dah nasi ada kuah..heheheh, apa – apa pun selamat mencuba ye para pembaca dan pendukung blog nie

 

 

 

1 comment:

  1. Salam. Saya Amir dari iluminasi.com. Mohon izin berkongsi sebahagian info dari blog puan dalam post ni ya. Kredit dan link kepada blog puan akan diberikan. Maklumbalas dari pihak puan adalah amat dihargai :)

    ReplyDelete