Snow Kitchen: Kuih buah Melaka

Monday 15 April 2013

Kuih buah Melaka




 Salam sejahtera dua minggu hati nie saya nie tak senang duduk asyik terbayang nak makan buah melaka buatan sendiri, bukan ape malas nak pegi cari, sebab pagi kerja , pulang kerja orang dah jual lauk makan tengah hari, petang masa nak ambik pulang sekolah pulak asyik nampak orang goreng pisang dan kuih muih yang biasanya dimakan untuk minum petang. so pada hari ahad lepas belek - belek buku RASA dan rujuk kat internet dapat respi buah melaka yang berkenan dihati yang say ambik dan ceduk dari laman web myresepi.com (betul rasanya web nie kot)... so hari ahad lepas akhirnya saya dan keluarga tersayang dapat merasa buah melaka my hand made... nie le resepi nya kalau para pembara yang minat nak mencuba.





Buah melaka

Bahan-bahan ( 20biji )
  • 1 cawan Tepung pulut +  1sudu tpng gandum
  • Air pandan
  • Gula melaka-potong dadu
  • Kelapa muda-parut/mesin
  • Garam halus
Cara-cara
  1. Bancuh tepung pulut bersama air pandan hingga menjadi doh.Taruk juga sedikit garam.Bubuh air perlahan2 semasa menguli tepung.Hasilnya jgn terlalu lembik kalau x susah nak uli bulat2.
  2. Jerang air didalam periuk sehingga mendidih.Sambil itu,boleh lah di uli doh dan isikan dgn gula melaka.Masukkan ke dalam air yg mendidih.
  3. Di dalam piring lain,taruk kelapa parut dan gaul kan dgn sedikit garam.
  4. Tunggu sehingga kuih terapung di dalam air yg mendidih baru di angkat dgn penapis&golekkan kuih dgn kelapa parut.
  5. Ulang proses sehingga tepung yg di uli habis dan masak.

No comments:

Post a Comment