Snow Kitchen: 2013

Thursday 13 June 2013

Jeruk Tuhau (disarawak dikenali sebagai tepus )

tuhau
Jeruk tepus yang dah siap
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjJfDsdqVHXjU09-fabs8meAMDz-kFRn_2yj0BpkKArSeMdw_YFwNkSVfILRqrVpzZegJfiXr_mfya9yiuF3GFQbmStNUUgksHpR06I-ZdmCTQujcr-JHvzCyiy9J3C58ELox9xZnkSPyyc/s1600/tepu.jpg
tepus yang belum diproses

tadi petang pg jalan2 kat pasar ..ternampak lah tepus nie..masa kat sabah dulu biasa juga makan ni, tapi kat Sabah tepus ni dipanggil Tuhau… dalam bahasa Malaysia ..tak tau le pulak apa nama dia..sebab tu saya postkan seklai gambar tepus yang belum proses nie.. bila ternampak je tepus nie terfikir pulak nak buat sendiri so saya contact kawan2 kat sabah mintak resepi so diorang bagilah resepi ..ni le resepinya selamat mencuba sedap tau…kalau ko cuba pasti ko ndak lupak sama Sabah..hehehe

BAHAN-BAHAN:

  • tuhau (ikut sukatan/bilangan/kuantiti yang disukai)

  • udang kering(satu bungkus yg harga rm1)- actualy optional, kalau tidak ada udang kering pun boleh

  • limau kapas secukupnya (limau nipis)

  • garam dan ajino moto secukup rasa

  • cili api (mengikut selera anda, jika suka pedas, banyakkan cili padi)

  • bunga kantan yang segar (sebagai hiasan)- Optional..kalau tidak ada pun tidak apa

Tuesday 11 June 2013

puding hati 3 rasa

 

Puding ini sesuai untuk hantaran pertunangan dan perkahwinan

IMG_20130524_111431

RM 40 (luyang bentuk hati)

sila tempah sekurang – kurangnya 2 hari sebelum majlis

Nasi samin @ nasi minyak

Maaf le lama tak update banyak sangat tugas ..baru baru mie saya cuba resepi nasi minyak ..kat sarawak orang panggil nasi samin.. saya cuba bukan nya untuk apa , saje je teringat  dan teringin .. lagi pun ada sedikit kari kambing yang orang bagi semalam..so boleh le makan dgn nasi nie
selamat mencuba

Bahan kisar( di kisar satu – satu , jgn campur)
1 biji bawang besar (bakung)—potong bulat je
4 – 5 biji bawang merah (kisar)
½ tampok bawang putih (kisar)
1-2 inci halia  (kisar)
1cawan minyak masak
garam secukup rasa (garam kasar jika ada)
1kg beras yg dah dicuci ( ditoskan)
air ikut sukatan beras.. (kalau beras 2 tin susu, air 21/2 tin)
½ tin susu cair (bagus jenama ideal milk..yg tinggi ya)
1 tin kecik minyak sapi (ghee yang halal ada dipasaran)
Kayu manis lebih kurang 3 cm
Buah pelage dalam 4 biji
5 biji @ kuntum bunga cengkih
1 batang serai d tutuk(titik) jak
2 helai daun pandan
sedikit pewarna kuning

Saturday 27 April 2013

Kuih campiang

 

hari tu kawan tanya pernah tak makan kuih campiang , so dgn selamba je saya kata pernah sebab saya kan orang Sabah, suami orang Sarawak, kawan yang bertanya tu terus cakap “sedap le kuih tu, firstime makan masa pg makan angin kat Sabah, awak tau masak ke kuih tu”, saya pun cakap “In Shaa Allah lah cuma kena call dulu mama kat sabah tanya resepi, kalau menjadi nanti le bawa pg opis “.

Balik je kerja , rehat jap call mak, tanya cara buat campiang, hehehe rupa2 nya sama mcm donat juga, beza nya cuma mcm nie ha ..tengok le gambar dia ye, doh nya sama dgn donut, inti (isinya ) beli je kat kedai kek atau supermarket. kita teruskan le dgn resepinya yee ..celoteh banyak org kutuk pula nanti

Bahan Doh ;

Setengah kg tepung gandum
1 sudu gula
Secubit garam
2 sudu marjerin
1 peket kecik yeast.
Air


Cara:
*Ayak tepung
*Kemudian campurkan semua bahan,yeast,gula,garam,marjerin dan tepung yg tlh di ayak. Uli rata.
*Buat bntuk bulat dan tunggu hingga kembang ( biarkan selama 20 minit )

Thursday 18 April 2013

Nasi Goreng Hailam

 

 

IMG_20130418_171902
Nasi Goreng Hailam ikan masin + ayam masak merah.

Tadi pukul 12 tnghari belek belek buku resepi , nampak lah pulak nasi goreng hailam sebijik mcm yang saya pernah makan kat Benteng Satok yang lama, so balik dari ambil anak kat taska singgah jap beli nasi kosong je , kan perlu nasi untuk digoreng ..heheh sampai je kat rumah  bagi mandi anak dan terus sediakan bahan bahan untuk memasak nasi hailam nie, first time try masak suami kata sedap , syukurlah resepi tu ngam dengan selera , tapi saya improve sikit dari segi lauk nya…cuma tambah ayam

Monday 15 April 2013

Kuih buah Melaka




 Salam sejahtera dua minggu hati nie saya nie tak senang duduk asyik terbayang nak makan buah melaka buatan sendiri, bukan ape malas nak pegi cari, sebab pagi kerja , pulang kerja orang dah jual lauk makan tengah hari, petang masa nak ambik pulang sekolah pulak asyik nampak orang goreng pisang dan kuih muih yang biasanya dimakan untuk minum petang. so pada hari ahad lepas belek - belek buku RASA dan rujuk kat internet dapat respi buah melaka yang berkenan dihati yang say ambik dan ceduk dari laman web myresepi.com (betul rasanya web nie kot)... so hari ahad lepas akhirnya saya dan keluarga tersayang dapat merasa buah melaka my hand made... nie le resepi nya kalau para pembara yang minat nak mencuba.





Buah melaka

Sunday 7 April 2013

Kuih doraemon


Sedang sibuk layan tv muncul pula iklan doraemon sedang makan kuih dorayaki, terliur lah pulak, so cari le resepi kat internet , tau – tau jumpa pula kuih doraemon versi malaysia so hentam je lah lagipun senang je dia pun resepi , ni lah dia resepi kuih tu
BAHAN-BAHANNYA :
1 1/2 cawan tepung gandum
2 camca besar susu tepung
1 1/2 camca besar gula halus @ gula kastor
1 1/2 camca besar lemak sayur (shortening)
1/4 camca teh garam halus
100 ml air suam*
1 camca teh instant yeast @ ibu roti*(*disatukan dan kacau rata, biar hingga berbuih)
Sedikit lagi air (tambahan)
Sambal tumis ikan bilis secukupnya (saya guna yang jenama yoe’s)
Hirisan timun secukupnya

Saturday 6 April 2013

Japanese Soft Cheese kek


image
Seindah nama , sesedap rasa, kek nie saya daapt resepinya dari majalah RASA, memang resepi dari negara matahari terbit , dan perniaganya telah lama berada di negara kita, mula2 buat dulu tak menjadi sebab tak tengok resepi betul , sekarang In Sya Allah cukup je bahan pasti jadi. so nie le dia resepinya.
Bahan A :
1. 250g cream cheese ( biasa guna tatura atau beqa) , dipotong dadu atau kecil2
2. 50 g butter
3. 150 – 200 ml susu cair
Bahan B :
1. 80g tpung kek ( kmk makey superfine)
2. 20g tpung jagung
3. 1 sudu teh perahan lemon
4. 5 biji kuning telur ( gred B) 4 biji mun gred A
Bahan C :
1. 5 biji putih telur ( gred B), 4 biji mun gred A
2. 100 g Gula kastor
3. 1 sudu teh lemon, lebih pun boleh mun mok rasa masam sikit.
Putih telur digaul dgn mixer sekejap ( hingga ada buih sikit) , masukkan lemon dgn gula kastor dan kaco lagik dgn mixer hingga nya pekat dan soft peak ( retinya mun bekas ya ditebalit putih telur dalam ya sik tumpah atau mengalir )
Hiasan :
20g cream cheese
5-10ml susu cair
10g gula ising (kalau mahu)
Cheedar cheese
Gaulkan cream cheese dgn susu cair dan gula ising hingga sebati)

Sunday 31 March 2013

Mee Jawa asli ( Tanpa Ubi Keledek)

 

Santai2 hujung minggu makan mee jawa sedap juga, apatah lagi kalau dapat mee jawa yang sedap walaupun tak guna ubi, nak rasa nie saya kongsikan resepi orang sarawak, yang saya peroleh dari fbook page KAKI MAKAN SARAWAK.
IMG_20130121_185708
Bahan-bahan ( 2 @ 3 orang )
• mee kuning sebungkus (celur)
• tepung gandum di goreng kering ( tanpa minyak / aruk)
• 1 biji bawang besar (tumbuk/ blander)
• 3 ulas bawang putih (tumbuk/ blander)
• 1 inci halia dan 1 inci lengkuas (tumbuk/ blander)
• 2 senduk kecil cili boh
• 1 batang serai (ketuk)
. kerisik ( ikut rasa )
• 10 ekor udang sedang atau daging*
• 1 genggam udang kering (tumbuk/ blander)
• garam , ajinomoto dan gula
• 2.5 liter air (boleh adjust)
• minyak masak

Saturday 2 March 2013

Donut Lembutt untuk minum pagi


Bangun pagi2 cadang nak buat sarapan berat sikit, tapi masalahnya nasi sejuk takde so malas le nak buat berat2 , intai dalam tempat simpan bahan2 , ha cukup le bahan untuk buat donut , so pagi nie mula le projek membuat donat yang lembutt dan gebu, tapi buat yang tabur gula ising je , nak buat ala2 Big Apple malas le nak slongkar bahan banyak banyak, tapi asas nya adalah sama beza cuma pada hiasan dan topping je lah ..nie le dia donut lembut lagi gebu , nak cuba salain or print je resepi simpan dalam file… saya pun ambik resepi dr blog dan majalah juga, sebab saya bukan chef atau pakar kulinari..heheheh